Kelas ICT – Kuiz Microsoft Word & Powerpoint

16 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Word dan Powerpoint kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Word dan Powerpoint yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Dalam sesi pertama kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan mengklik kuiz bertajuk Microsoft Word – Ikon Perisian. Mereka dikehendaki untuk meneliti soalan dan memilih jawapan yang betul menggunakan template Kuiz. Markah akan diberikan selepas mereka selesai menjawab kesemua soalan yang dipaparkan.

Pada sesi kedua kelas ini pula, peserta dikehendaki untuk menjawab kuiz Microsoft Powerpoint bertajuk Elemen Multimedia Dalam Persembahan Powerpoint. Mereka diwajibkan untuk menjawab kesemua soalan yang dipaparkan dan markah akan diberikan setelah selesai menjawab soalan-soalan berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali